Monday, October 26, 2009

SPS_Final Training

Hotel Dynasty...25 ~ 30 Oktober 2009. Bermula lagi latihan untuk GPB .. kali ini SPS namun lebih menumpukan elemen jadual waktu. Isnin hingga Jumaat..lama tu. Namun apa yang diharapkan ianya tidak menjadi projek gajah putih yang amat mengecewakan. Entah apa malangnya Sistem Sekolah Bestari ni..sudah menjangkau 1 dekad masih tiada satu sistem yang mantap dan menjadi impian setiap warga sekolah Bestari. Apatah lagi GPB tiada apa yang istimewa..tu yang ramai GPB dah sign out .. cari laluan kerjaya yang lebih menyakinkan. Apa ader sebagai GPB ni...berkorban dan terkorban. Ikhlas aje ler.

Friday, October 9, 2009

LADAP_5

SMK Sungai Besar..10 Oktober 2009. LADAP lagi kite hari ni....memang malas...betul..betul..betul. Tapi atas dasar tanggungjawab serta amanah profession perguruan kena pergi ler juga. Syawal tak habis lagi...guna belah petang atau malam. eeii..puasa 6 dah habis ker belum..baraan..baraan juga jangan luper puasa 6. LADAP kali ni kite jemput Tn Hj Shairozi Iman..teman dari Sg Sumun.

Tn Hj Shairozi Iman..SMK Sg Sumun

Ni ler para guru yang hadir
Anak sedara ustaz Salim kite. Memang power ..pengalaman yang luas serta penghayatan yang cukup mengujakan. Percontohan yang baik serta penghayatan dengan tugasan sebagai Kaunselor. Yang kiter ni sebagai pendengar yang setia ...yer....mana yang baik kiter ambil sebagai panduan serta pedoman kiter sebagai guru serta ibubapa atau penjaga. Amin.

Majlis Bacaan Yaasin

1 Oktober 2009 ...Majlis bacaan Yaasin diadakan saban tahun apabila menjelangnya peperiksaan besar seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM. Tahun ini majlis tersebut diadakan di Masjid Makmuriah, Sungai Besar dengan ikatan kerjasama PIBG SMK Sungai Besar dan Jamek Makmuriah. Majlis tersebut diketuai oleh Imam Besar Jamek Makmuriah..Us. Shamsul Muhaimin b. Abdullah Thani.
kehadiran penjaga dalam majlis tersebut
Kahadiran..alhamdiliLlah kerana hubungan yang baik dengan PIBG serta ibu bapa...majlis sedemikian tidak pernah mengecewakan dari sudut kehadiran. Semoga ianya berterusan sepanjang masa.