Sunday, June 28, 2009

Membuat Blog

SMK Sungai Besar..Pembelajaran ICTL hari ini, saya kemukakan satu topik baru iaitu membina BLOG. So far all my student sangat teruja untuk membina tajuk berkaitan. Namun ader sesetengah yang masih gagal membina gmail akaun.

Wednesday, June 24, 2009

Lawatan Penanda Aras (Benchmarking)


Ipoh 23 Jun 2009.. Satu lawatan penanda aras telah lakukan ke SMK Tengku Ampuan Bainon oleh guru penyelaras bestari negeri Selangor serta panitia IT negeri Selangor. Lawatan turut disertai oleh Pegawai JPN En. Zahari Ramlan serta KUTV PPD negeri Selangor DE. Hasil lawatan tersebut diharap dapat manfaat bagaimana SMK Tengku Ampuan Bainon dapat meningkatkan tahap sekolah bestari negeri Selangor sesuai dalam rangka sekolah negeri Selangor untuk meningkatkan serta mengekalkan 5 star rating negeri Selangor.

Friday, June 19, 2009

Komentar Penceramah

Tahniah buat semua peserta email & Blog. Anda telah berjaya menghasilkan email akaun dan laman blog anda. Moga ianya terus berisi dari hari ke sehari.

Selamat Datang


Selamat datang ke portal blog Guru Penyelaras Bestari SMK Sungai Besar. Segala perkembangan sekolah bestari akan dipersembahkan kepada anda sepantas mungkin. Mudahan anda berpuas hati dengan paparan blog ini. Segala komentar sila ajukan untuk mutu yang lebih baik di masa akan datang. Sekian...wassalam