Sunday, September 27, 2009

Raye Lagi...

5 Syawal....dari rawang (rumah kakak ipar (Yong), teman bergerak ke KKB. Mlm tu teman belanja satay ler...abang sulung teman kasi fulus belanja anak2 dan ipar satay katanya. so on the way ke Rawang teman singgah ke R&R el Mina...Samsuri Satay....

rumah ipar teman..Yong
Esok 6 Syawal..teman ke KKB..rumah papablog..Tn Syed. Special menu..makan lontong kiter...berselera anak2 teman makan. buat malu teman jer..bebudak..kekadang bapak budak pun macam tu kalau dah kebulur. Anyway ni kenangan di rumah Tn Syed....

ni di rumah Tn Syed...lontong jawa tu..
Dari KKB..solah Jumaat di Masjid KKB. MEM teman sempat "lecture" budak..dah ler ke masjid tak solat..curi kasut pulak tu. Nasib baik kasut teman masuk dlm kereta. Tersasul budak tu kena "lecture" MEM teman..sat kata kakak sat kata ustazah. Lps solet terus ke Felda Soeharto kampung halaman MEM teman..lama tak beraya di sana..yer ler mak mertua thn lepas beraya di rumah teman..tahun ni beraya di Sarawak. Paham2 jer duduk sorang. Kenangan di Soeharto...

Felda Soeharto...jajahan org rumah teman

Thursday, September 24, 2009

Syawal lagi...ronda

4 Syawal....hari ni teman menghala ke Klang...destinasi awal rumah kakak di Bandar Puteri, Klang. Dia ngak ada cuma bibik nya aja...masuk le ngan mak..oh yer luper ...ke Klang antar mak nak balik ke Klang...ni ler mak teman..
Bonda teman.. rumah kak Mar..
Lepas tu ke rumah kakak di Teluk panglima Garang...Kalau ke Klang kena gi rumah dia..sat lagi ngamuk anak-anak teman..tidur semalam..posing jgn tak posing..

rumah kak Non..tu baju merah ngan hijau..ngadap pc tak tidur tak per

Syawal Mubarak

Selasa ..3 Syawal .. Lewat Update. Masa keme nak gi ronda raya lak. Namun awal pagi abang kedua & rombongan datang lak. So layan sat..sambil snap foto untuk kenangan ..setahun sakali kumpul kan...
Keluarga Abg Nuar
Giliran kita jalan pula...mula tuju rumah Wak Nah.....apa lagi snap photo ler..kalau tak bakper bawa kamera...
tu yg tudung putih Wak Nah
Ni pula rumah Dato' Masloro...sedara walaupun lain parti sedara kena jaga. Dah, arwah mak dia ngan mak keme adik beradik...Kami mesra macam dolu-dolu ... ikatan sedara jangan putus kerana parti. ..
rumah Dato' Masloro keme panggil abg..sepupu ler
Gi lak ker rumah Wak Tini..duk sorang..ni mak tiri Dato' Masloro. Masa Ramadan duduk serumah dengan Dato' Masloro...2 hari nak raya anak-anak balik ..balik ler ke rumahnyer. Kemeh ler rumah mak setahun sakali....
rumah Wak Tini ..yg tudung oren tu ..tudung putih mak keme
Petang...kena serbu anak murid. Terharu..ni lah anak murid yang masih tak serik kunjung rumah keme. Walaupun dah 5 tahun tinggal sekolah...syukran. Snap ler utk kenangan...
anak murid yg baguss..tiap tahun tak miss dtg

Wednesday, September 23, 2009

Salam Eid

2 Syawal 1430h. Menjadi kelaziman kampung kami mengadakan program "baraan" atau kami "rebranding"kan namanya sebagai "hari Qariah" setiap kali hari raya kedua @ 2 syawal. Kali ini memang meriah @ penat..setiap tahun penyertaan ahli qariah semakin bertambah. Memang penat namun menceriakan..kiranya program sebegini tidak kita lakukan tak mampu keme nak naik setiap rumah untuk ziarah raya. Bermula jam 8.30 am sehingga lepas maghrib masih lagi baki 2 rumah. Itupun kerabat yang berpindah ke taman perumahan namun semangat baraan ..mereka masih mengikuti program tersebut walaupun telah berpindah ke rumah lain ..itulah semangat persaudaraan tanpa mengira fahaman politik. tu dia..baraan kampung keme

Tengah syok baraan "call" masuk......Abang sulung datang lak....tinggal sat kumpulan baraan..permisi... ni sabahagian ahli keluarga abang sulung keme. bdk seluar merah tu anak keme

Sekali lagi ..tengah bergerak..."call" masuk sekali lagi...papablog call mahu datang ler. AlhamdulilLah Tn Syed..datang so chow dulu teman baraan mahu meladen teman sat...permisi sekali lagi. tu dia Tn Syed kita & famili dia. Thanks Tn Syed

Program Ramadan

Assalamualaikum......terlewat update. Program yang sepatutnya berada di laman blog pada bulan Ramadan, namun kesibukan atau menyibukkan masa saya gagal berbuat demikian. Walaubagaimanapun saya persembahkan untuk tatapan teman. Program Tadarrus al Quran yang memang menjadi kelaziman surau saya untuk mengadakannya. Cuma kali ini saya uploadkan untuk para blogger khususnya papablog.

Sunday, September 13, 2009

Mesyuarat Penyelarasan Dan Pelaksanaan Bestari Selangor

Satu mesyuarat GPBNSDE bersama KUTV NSDE telah diadakan dari 14 September hingga 15 september 2009. Mesyuarat pada 14 September telah dibahagikan kepada 4 sesi yang dikendalikan dengan majlis ilmu yang bermanfaat (ambil 2 sesi jer muatkan dlm ni)

Sesi 1 - 9.00 pagi hingga 11.00 pagi
Taklimat dan Perbentangan Smart Monitoring oleh En. Zahri b. Haji Ramlan
S - Spread The News
M - Monitor Always
A - All Must Be Involve
R - Review
T - Travel to All School
Beliau juga telah menerangkan hala tuju sekolah bestari negeri Selangor dan pencapaian cemerlang yang perlu dikekalkan agar menghasilkan impak 5 star rating untuk semua sekolah bestari negeri selangor.

Sesi 2 - 11.15 pagi sehingga 12.30 tgh.
Mesyuarat berasingan KUTV dan GPBNSDE dengan agenda masing-masing. Mesyurat GPB telah dipengerusikan oleh Tn. Syed dengan memutuskan beberapa perkara yang perlu diselaraskan.
a. Montaj Sekolah
Duration persembahan maksima 7 minit.
Nama Sekolah.
Visi & Misi sekolah.
Pengurusan sekolah- pentadbir Pengetua, GPK,KB, dan GPB
Lokasi
Kemudahan infrastruktu
Kejayaan sekolah
b. Blog Persendirian GPB
Heading – GPB+ Nama Sekolah …. Dan nama GPB. Layout backgroung atas kreativiti sendiri
Jam
Calender- optional
Blog GPB mesti link ke GPB lain dan GPBNSDE – win-win situation/ ke email optional.
Ruang Comment aktifkan.
Kandungan terserah kepada GPB – aktiviti GPB sahaja ( sekolah dan luar sekolah)
Sediakan sumber bahan P&P untuk 'link' ke dalam blog.
[ thanks Saemah ... saya copy ide U ]